Tarian Dabus merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlawanan Sayidina Ali. Tarian ini dipercayai mula dimainkan di negeri Perak sejak 300 tahun yang lalu. Ada beberapa pendapat yang mempertikaikan kemasukkan senitari Dabus ke bumi Perak. Satu pendapat mengatakan Dabus dipercayai dibawa masuk terus ke Perak oleh Ahmad Mahyuddin yang berasal dari Parsi sekitar tahun 1785. Beliau merupakan anak murid kepada tuan guru Muhammad Abil Hassan al-Rifai. Tarian ini mula berkembang di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Lumut, dan juga di Sungai Nipah Baroh serta Sungai Balai Baroh, Teluk Intan, Perak. Pendapat kedua mengatakan permainan dabus telah di bawa ke Indonesia melalui Pasai di Aceh sebelum dikembangkan ke Pasir Panjang, Perak oleh Nakhoda Lembang yang berguru daripada saudagar Fakir Muhammad dari India, yang juga anak murid kepada tuan guruMuhammad Abil Hassan al-Rifai. Dan satu lagi pendapat mengatakan Ahmad Mahyuddin yang berguru dengan Muhammad Abil Hassan al-Rifai telah bertemu dengan Nakhoda Lembang dari Batu Bara, Aceh yang berguru dengan Fakir Muhammad dari India pada tahun 1785, telah bersama-sama memperkembangkan kesenia dabus ke Perak di Pasir Panjang seawal tahun 1700.
Ini adalah sebuah video menunjukkan Tarian Dabus.
Tarian Dabus
Khamis, Julai 29, 2010 / 8:58 PTG

Topic Minggu Ini
Adakah Tarian Melayu Hanya Diperkenalkan Di Negeri Melayu Seperti Malaysia, Singapura atau Indonesia?
Adakah anda tahu bahawa sebenarnya, ada sebahagian tarian Melayu seperti tarian Ronggeng, Serampang Laut dan Singapura Dua dihasil daripada pengaruh tarian Portugis? Ia adalah benar. Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Jika ditanya, saya berpendapat bahawa Tarian Melayu bukan sahaja diperkenalkan di negeri Melayu, tetapi juga negeri lain seperti China, Jepun, Korea, Spain dan Turkey. Apa pula pandangan anda? Sila memberi pendapat di bawa catatan ini atau di bahagian buah fikiran. Terima kasih.
Untuk topik ini, saya hendak berbincangkan tentang silat. Serperti anda tahu, silat tidak mudah dipelajari dan ia juga ganas. Silat juga diperkenali untuk kaum adam sahaja tetapi adakah anda tahu bahawa kaum hawa juga mempelajarinya? Ya, ia adalah benar. Terdapat dua buah video untuk keterangan lanjut. Apa pula pandangan anda? Sila memberi pendapat di bawa catatan ini atau di bahagian buah fikiran.
Walaupun budak ini, Zianah, hanya 6 tahun, tetapi dia sudah mahir dalam seni silat.
Zuhairah bertanding dalam Pertandingan InterGrasio.
Saya berasa lega dan bangga kerana hasil blog ini hampir selesai dan ia sangat menarik. Pertama kali saya dan Naasyidah membuat blog ini, kami hanya mencatat dua catatan. Dengan itu, kami bercadang hendak blog semasa mata pelajaran Melayu kerana guru kami akan membawa kami ke makmal komputer setiap dua kali seminggu. Saya dan Naasyidah juga akan membuatnya selepas sekolah jika mempunyai waktu. Walaupun ia tidak mudah untuk menghasilkan blog ini, tetapi saya dan Naasyidah dapat menghasilkannya kerana kerjasama kami.
Dari pertandingan blog ini, saya dapat mempelajari berbagai-bagai tarian Melayu dan sejarahnya. Saya juga amat bersyukur kerana dapat peluang untuk menyertai pertandingan blog ini. Sekian sampai di sini sahaja catatan saya. Terima kasih.
Pantulan Naasyidah (1E5)
Sebelum membuat blog ini , saya sudah ada blog sendiri . Jadi, saya tidak berasa terlalu susah membuat latar blog ini . Apabila saya dan Siti membuat blog ini bersama, kami berasa menarik sekali . Kami akan selalu ketawa ! Kadangkala, kami pun membuat blog ini selepas sekolah . Kami selalu pergi ke makmal komputer dan menghasilkannya . Saya sungguh bangga berpasang dengan Siti kerana dia selalu menolong saya kalau saya tidak tahu membuat apa-apa di blog ini . Kami berasa gembira kerana mendapat menyertai pertandingan blog ini . Saya juga mendapat mempelajari banyak lain tarian !Ia sungguh menyeronokkan. Sekian sampai di sini sahaja catatan saya. Terima kasih.