Pantulan Naasyidah 1E5
Jumaat, Julai 30, 2010 / 11:13 PTG

Sebelum membuat blog ini , saya sudah ada blog sendiri . Jadi, saya tidak berasa terlalu susah membuat latar blog ini . Apabila saya dan Siti membuat blog ini bersama, kami berasa menarik sekali . Kami akan selalu ketawa ! Kadangkala, kami pun membuat blog ini selepas sekolah . Kami selalu pergi ke makmal komputer dan menghasilkannya . Saya sungguh bangga berpasang dengan Siti kerana dia selalu menolong saya kalau saya tidak tahu membuat apa-apa di blog ini . Kami berasa gembira kerana mendapat menyertai pertandingan blog ini . Saya juga mendapat mempelajari banyak lain tarian !Ia sungguh menyeronokkan. Sekian sampai di sini sahaja catatan saya. Terima kasih.

Label:


Tarian Dabus
Khamis, Julai 29, 2010 / 8:58 PTG


Tarian Dabus merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlawanan Sayidina Ali. Tarian ini dipercayai mula dimainkan di negeri Perak sejak 300 tahun yang lalu. Ada beberapa pendapat yang mempertikaikan kemasukkan senitari Dabus ke bumi Perak. Satu pendapat mengatakan Dabus dipercayai dibawa masuk terus ke Perak oleh Ahmad Mahyuddin yang berasal dari Parsi sekitar tahun 1785. Beliau merupakan anak murid kepada tuan guru Muhammad Abil Hassan al-Rifai. Tarian ini mula berkembang di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Lumut, dan juga di Sungai Nipah Baroh serta Sungai Balai Baroh, Teluk Intan, Perak. Pendapat kedua mengatakan permainan dabus telah di bawa ke Indonesia melalui Pasai di Aceh sebelum dikembangkan ke Pasir Panjang, Perak oleh Nakhoda Lembang yang berguru daripada saudagar Fakir Muhammad dari India, yang juga anak murid kepada tuan guruMuhammad Abil Hassan al-Rifai. Dan satu lagi pendapat mengatakan Ahmad Mahyuddin yang berguru dengan Muhammad Abil Hassan al-Rifai telah bertemu dengan Nakhoda Lembang dari Batu Bara, Aceh yang berguru dengan Fakir Muhammad dari India pada tahun 1785, telah bersama-sama memperkembangkan kesenia dabus ke Perak di Pasir Panjang seawal tahun 1700. 

Ini adalah sebuah video menunjukkan Tarian Dabus.

Tarian Joget
/ 8:37 PTG


Joget adalah tarian tradisional yang paling popular di seluruh Malaysia. Hal ini dilakukan pada festival budaya, perayaan pernikahan dan fungsi sosial yang lainnya. Ia dipengaruhi oleh kebudayaan Portugis iaitu Branyo, satu cabang dari Tarian Caridinho. Joget telah dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleh berbagai-bagai kaum di Malaysia. Joget adalah tarian pasangan dan tempoh cukup cepat dengan perasaan menggoda dan bermain antara rakan. Tarian ini juga biasanya ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita. Ketika itu, Joget diiringi lagu-lagu seperti Jingkling Nona tetapi sekarang banyak lagu-lagu dihasilkan seperti Joget Serampang Laut, Joget 106, Joget Johore Sport Club dan lain-lain. Dalam Melaka itu lebih dikenali sebagai Chakunchak. Hal ini mungkin merujuk pada irama gerakan kaki di Joget mana ada pemindahan bobot pada, mengalahkan 1 & 2 agak serupa dengan bola menukar langkah 'a' pada tarian Barat. Sebuah versi sederhana atau kadang-kadang disebut sebagai 'langkah tunggal' termasuk pemindahan dari berat atau 'perubahan bola', tetapi hanya dengan ketukan kaki kedua.


Perbincangan: Adakah Hanya Lelaki Sahaja Yang Bersilat?
/ 1:48 PTG

Untuk topik ini, saya hendak berbincangkan tentang silat. Serperti anda tahu, silat tidak mudah dipelajari dan ia juga ganas. Silat juga diperkenali untuk kaum adam sahaja tetapi adakah anda tahu bahawa kaum hawa juga mempelajarinya? Ya, ia adalah benar. Terdapat dua buah video untuk keterangan lanjut.

 
Walaupun budak ini, Zianah, hanya 6 tahun, dia sudah mahir dalam seni silat.


Zuhairah bertanding dalam Pertandingan InterGrasio.

Pantulan Siti 1E4
/ 1:37 PTG

Saya berasa lega dan bangga kerana hasil blog ini hampir selesai dan ia sangat menarik. Pertama kali saya dan Naasyidah membuat blog ini, kami hanya mencatat dua catatan. Dengan itu, kami bercadang hendak blog semasa mata pelajaran Melayu kerana guru kami akan membawa kami ke makmal komputer setiap dua kali seminggu. Saya dan Naasyidah juga akan membuatnya selepas sekolah jika mempunyai waktu. Walaupun ia tidak mudah untuk menghasilkan blog ini, tetapi saya dan Naasyidah dapat menghasilkannya kerana kerjasama kami.

Dari pertandingan blog ini, saya dapat mempelajari berbagai-bagai tarian Melayu dan sejarahnya. Saya juga amat bersyukur kerana dapat peluang untuk menyertai pertandingan blog ini. Sekian sampai di sini sahaja catatan saya. Terima kasih.

Tarian Cik Siti Wau
Rabu, Julai 28, 2010 / 7:04 PTG




Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan permainan seperti main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain lagi. Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta. Dahulu tarian ini mengisahkan anak muda bermain-main wau di musim menuai. Kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak-geri penari-penari yang terdiri daripada anak muda lelaki dan perempuan. Jika anda ingin lihat bagaimana Tarian Cik Siti Wau ditari, sila menonton video di bawah catatan ini. 





Tarian Kuda Kepang
/ 6:48 PTG


Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan Islam. Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.

Terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah.

Ini adalah sebuah video Tarian kuda Kepang.

Video Tarian Ceracap Inai
/ 6:32 PTG


Silat
/ 6:27 PTG


Walaupun silat bukan tarian Melayu, tetapi ia tetap sebahagian dari seni budaya Melayu. Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Mereka yang belajar silat digelar pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.

Tarian Masri
/ 5:55 PTG



Masri merupakan tarian Melayu moden yang mempunyai pengaruh dari negara Timur Tengah dari segi pergerakkan, pakaian dan muzik iringan. Tarian ini biasanya dipersembahkan oleh para penari perempuan. Adakalanya, para penari akan menari sambil memegang kerincing dan membunyikannya. Masri ini dipanggil Masri Kerincing.
 
Seperti Sarah, geraknya hampir sama tetapi penari-penari membawa alat 'Hadrah' iaitu sejenis alat seperti kompang yang saiznya lebih kecil dan mempunyai kepingan logam di bahagian tepinya yang mengeluarkan bunyi yang lunak setiap kali ia dipalu dan digoncangkan. Tarian ini juga memperlihatkan kecekapan penari-penari menggunakan 'Hadrah' tersebut. Tarian ini boleh ditarikan berpasangan. Penari-penari terdiri dari 4 penari lelaki dan 4 penari wanita.
Ini adalah sebuah video menunjukkan Tarian Masri.

Tarian Zapin Johor
Selasa, Julai 27, 2010 / 9:44 PTG


Tarian Zapin Johor merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Zapin ini dipercayai berasal dari Tanah Arab yang geraknya adalah cepat dan tidak banyak gerak bunga tarinya. Tarian ini popular pada tahun lima puluhan dan enam puluhan. Zapin Johor dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Kedua-dua tarian ini memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Pada realitinya kedua-dua genre zapin itu berasal daripada satu keseniaan masyarakat Arab yang dibawa dari Hadramaut.


Di Johor, Malaysia, tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam dan berfungsi sebagai hiburan sama ada pada upacara-upacara sekular mahupun pada sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun lahir daripada adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.


Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan sesama mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha individu di samping meminggirkan persaingan antara pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan. Jika ditinjau daripada perspektif inilah,maka keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor amat terserlah.

Tarian Ceracap Inai
/ 9:35 PTG


Tarian Ceracap Inai ini dikaitkan dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka, semasa Sultan Mahmud Shah mudik ke hulu Sungai Muar. Tarian Ceracap Inai ini dikatakan berasal dari tarian istana dan ditarikan di hadapan Sultan dan pembesar-pembesar negeri di dalam sesuatu keramaian. Oleh kerana itu, Tarian Ceracap Inai ada unsur-unsur 'menyembah duli' (sembah/ampun), merendahkan diri dan ditarikan pula kebiasaannya di hadapan 'Raja Sehari'/Pengantin.

Tarian Ceracap Inai dipersembahkan dengan hiasan seperti 'Bunga-bungaan Emas' dan bercahayakan api lilin yang memberikan erti membawa kepada sinaran kebahagiaan dan kesejahteraan. Tarian ini asalnya ditarikan oleh bilangan penari yang ganjil atau ditarikan berpasangan oleh penari lelaki dan wanita dan boleh juga ditarikan oleh penari-penari wanita sahaja, Bilangan penari biasanya terdiri dari 5 - 8 orang. Tarian ini amat terkenal di Kampung Baru Lenga, Batu 28, Lenga di Daerah Muar.

Video Tarian Borangan
/ 9:25 PTG


Tarian Randai
/ 9:14 PTG


Tarian Randai berasal dari perkataan merandai yang bererti mengarang atau melingkar suatu kawasan lapang untuk mencari sesuatu yang hilang. Terdapat pelbagai versi sebenarnya tentang asal usul randai ini. Struktur persembahan randai berkonsepkan gerak tari silat diselangi nyanyian berunsur lagu rakyat serta diiringi muzik caklempong, rebana, salung dan gong. Randai sering di persembahkan pada pesta menuai padi, upacara perkahwinan dan adat istiadat lain.

Jika anda ingin lebih mengenali tarian ini, sila menonton video di bawah catatan ini.


Tarian Ayam Didik
/ 9:02 PTG


Tarian Ayam Didik adalah sejenis tarian Melayu dikatakan berasal dari gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian di negeri Perlis dan masyhur di kalangan masyarakat terutama diPerlis, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian Perak. Tarian ini diiringi dengan nyanyian lagu ayam didik.

Tarian Barongan
Sabtu, Julai 24, 2010 / 5:11 PTG


Tarian Barongan merupakan sejenis tarian rakyat yang mengambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari. Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ini terus diamalkan dan boleh dilihat di daerah Batu Pahat, Johor dan di negeri Selangor. Di antara alat-alat muzik yang digunakan bagi mengiringi tarian Barongan ialah gong, gendang, dan angklung.

Video Tarian Zapin
/ 5:11 PTG


Tarian Piring
/ 4:55 PTG


Tarian Piring merupakan sebuah seni tarian milik orang Minangkabau yang berasal dari Sumatra Barat. Ia merupakan salah satu seni tarian Minangkabau yang masih diamalkan penduduk Negeri Sembilan keturunan Minangkabau. Tarian ini memiliki gerakan yang menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk tanam, membuat kerja menuai dan sebagainya. Ia juga melambangkan rasa gembira dan syukur dengan hasil tanaman mereka. Tarian ini merupakan tarian gerak cepat dengan para penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi dengan lagu yang dimainkan oleh talempong dan saluang. Kadangkala, piring-piring itu akan dilontar ke udara atau pun dihempas ke tanah dan dipijak oleh penari-penari tersebut. Bagi menambah unsur-unsur estetika , magis dan kejutan dalam tarian ini, penari lelaki dan perempuan akan memijak piring-piring pecah tanpa rasa takut dan tidak pula luka. Penonton tentu akan berasa ngeri apabila kaca-kaca pecah dan tajam itu dipijak sambil menarik. Di bawa catatan ini terdapat sebuah video menunjukkan Tarian Piring.

Tarian Zapin
/ 4:41 PTG


Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan berasal dari Yaman. Tarian Zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu, kepulauan Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang-pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-16.

Tarian Lilin ☻
Khamis, Julai 22, 2010 / 1:47 PTG

Tarian Lilin dipercayai berasal dari Sumatra. Kononnya seorang gadis telah ditinggalkan oleh tunang yang pergi berdagang mencari harta. Semasa peninggalan tunangnya itu gadis telah kehilangan cicin pertunangan. Gadis tersebut mencari-cari cincin hingga larut malam dengan menggunakan lilin yang diletakkan pada piring. Gerakan badan yang meliuk, membongkok, mengadah, melahirkan keindahan sehingga peristiwa ini telah melahirkan Tarian Lilin di kalangan gadis-gadis kampung itu. Tarian Lilin merupakan sebuah tarian yang dipersembahkan oleh sekumpulan penari dengan diiringi sekumpulan pemuzik. Para penari ini akan membawa lilin yang dinyalakan pada piring yang dipegang pada setiap belah tangan mereka. Penari ini akan menarikan tarian secara berkumpulan dengan memusingkan piring yang mempunyai lilin yang menyala secara berhati-hati agar piring tersebut sentiasa mendatar, dan lilin tidak terpadam.

VIDEO TARIAN MAK YONG
/ 1:25 PTG


Perbincangan: Adakah Tarian Melayu Hanya Diperkenalkan Di Negeri Melayu Seperti Malaysia, Singapura atau Indonesia?
/ 1:22 PTG


Adakah anda tahu bahawa sebenarnya, ada sebahagian tarian Melayu seperti tarian Ronggeng, Serampang Laut dan Singapura Dua dihasil daripada pengaruh tarian Portugis? Ia adalah benar. Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Jika ditanya, saya berpendapat bahawa Tarian Melayu bukan sahaja diperkenalkan di negeri Melayu, tetapi juga negeri lain seperti China, Jepun, Korea, Spain dan Turkey. Apa pula pandangan anda? Sila memberi pendapat di bawa catatan ini atau di bahagian buah fikiran. Terima kasih.


Comments

Not using Html Comment Box  yet?

No one has commented yet. Be the first!

rss


Mak Yong
Selasa, Julai 20, 2010 / 1:45 PTG



Mak Yong merupakan satu kebudayaan seni tari tradisional yang masih lagi digemari oleh orang ramai dan kini mak yong dipersembahkan dalam bentuk taridra iaitu gabungan di antara tarian dan drama untuk pertunjukan di peringkat antarabangsa. pada masa dahulu permainan ini dipersembahkan sebaik sahaja selepas orang-orang kampung selesai menuai padi di bendang.
Drama tari mak yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.

TARIAN ASLI ♥
Khamis, Julai 15, 2010 / 1:50 PTG


Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli Melayu. Wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak diiringi dengan adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Perkembangan seterusnya ialah kemunculan tarian-tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu seperti lagu Makan Sireh, Gunung Banang, Asli Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani, Asli Abadi dan lain-lain lagi. Tarian Asli boleh didapati di seluruh Malaysia terutama Semenanjung Malaysia.


Tarian Gamelan
/ 1:31 PTG



Tarian Gamelan merupakan salah satu tarian Melayu klasik. Tarian klasik ini mula di direkodkan dipersembahkan di Istana di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17. Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan, Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang. Ia mula diperkenalkan di Terengganu , Lolo dan Monab.
Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyaselepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin .
Antara 33 jenis tarian adalah seperti Timang Burung, Ayak-ayak, Lambang Sari, Ketam Renjung, Geliung, Lantai Lima, Kending Gajah, Togok Rompin, Kunang-kunang Mabuk, Galuk Merajuk, Silatinkan adat tarian Melayu.

Tarian Asyik
Rabu, Julai 14, 2010 / 7:05 PTG

Tarian Asyik adalah tarian Melayu klasik dari daerah Kelantan. Ia ditarikan di istana raja - raja di Kelantan dan Pattani. Ia bermula di Pattani pada 1644 berikutan kehilangan burung kesayangan permaisuri. Dayang-dayang baginda mencipta tarian ini untuk menghiburkan hatinya yang sedang berdukacita. Tarian Asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di Istana sejak itu.


Tarian ini dimulai dengan 10 orang penari masuk ke pentas tarian dahulu, lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian barulah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.




Ini adalah sebuah video menunjukkan Tarian Asyik.

Sejarah Tarian Tradisional Melayu
/ 6:41 PTG


Bangsa Melayu telah lama wujud di sini sejak sekitar 3000 tahun sebelum Masehi. Terdapat berbagai tarian Melayu, dari tarian Melayu asli hingga ke tarian Melayu moden dan ke tarian Melayu dari negara-negara lain seperti Indonesia, Brunei, Malaysia, Arab dan India. Tahukah anda bahawa tarian tradisional Melayu terbahagi kepada tiga kategori iaitu tarian istana, dramatari, tarian moden dan tarian rakyat? Tarian istana terdapat dua iaitu Asyik dan Gamelan. Dramatari pula mempunyai empat iaitu Jikey, Mak Yong, Merona dan Randai. Antara tarian moden termasuk Asli, Inang, Joget, Masri dan Zapin. Tarian rakyat pula terdapat enam iaitu Ayam Didik, Barongan, Canggung, Cinta Sayang, Kuda Kepang dan Mak Inang.

Sampai di sini sahaja catatan kami. Kami akan memberitahu anda lebih lanjut tentang tarian tersebut di catatan lain nanti.

Dibawa Ke Era Bangsawan Zaman Silam
Selasa, Julai 13, 2010 / 10:08 PTG

Pernahkah anda tonton sebuah persembahan yang akan membawa anda ke zaman lampau? Inilah apa yang diadakan oleh Sri Warisan Som Said. Tajuk persembahan ini adalah 'Towkay Wayang'. Drama muzikal ini mengenai tentang Bangsawan pada zaman 1940-an dan 1950-an. Ia juga berkisar tentang seorang penyanyi yang kehilangan anak perempuannya dalam peperangan. Bertahun-tahun sudah lepas, anak perempuannya telah diasuh untuk menjadi seorang Primadona. Ketika penjajahan Jepun, beliau turut mencari ibunya yang tersayang. 'Towkay Wayang' telah ditayangkan di Panggung Victoria pada 27 Mei tahun lepas. Di kanan catatan ini terdapat sehelai rencana mengenai drama muzikal ini. Pada akhir topik ini, terdapat sebuah video latihan yang dihasilkan oleh para Sri Wana. Jika anda mempunyai soalan, pendapat atau ingin lebih tahu tentang drama muzikal ini, sila menanya kami di bahagian buah fikiran atau komentar.


Sri Warisan
Khamis, Julai 01, 2010 / 11:01 PTG

Sri Warisan adalah sebuah syarikat dan sekolah seni Melayu yang mengadungi tarian, muzik dan lakonan. Ia bermula pada tahun 1997 dan dijumpai oleh Som Said. Setiap tahun, Sri Warisan akan mempersembahkan sebuah persembahan di sini lebih dari 200 kali dan 10 di negara lain seperti Belgia, Brunei, Canada, China, Yunani, negeri Belanda, India, Indonesia, Israel, Itali, Jepun, Korea, London, Malaysia, Nepal, Philippines, Spain, Thailand dan Turkey. Tujuan mengadakan ini adalah untuk menarik remaja-remaja menghargai budaya mereka dan tidak mengabainya. Dengan cara ini di masyarakat berbagai bangsa dan budaya, ramai orang dapat lebih mengetahui tentang budaya Melayu.

Jika anda ingin lebih lanjut tentang Sri Warisan, sila menanya kami di bahagian buah fikiran atau komentar.